black and white bed linen

Hari Belia Negara 2025

Sambutan HBN 2025 merupakan salah satu program utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dilaksanakan menerusi penyelarasan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri, Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Negeri (MBN)/ Pertubuhan Belia Peringkat Negeri dan Daerah.

Trivia HBN
Tema: Yakin Boleh

Pelaksanaan Sambutan HBN menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset dalam proses pembangunan negara. Sambutan HBN menjadi simbol kebersamaan belia dan Kerajaan dalam proses membangunkan belia secara holistik serta mewujudkan suasana aman, harmoni dan semangat cintakan negara.

AKTIVITI @ HBNSEL25

Antara aktiviti yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Belia Negara Selangor 2025 yang meriah dan interaktif.

Anugerah Perdana Belia Negara

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) adalah anugerah berprestij yang diberikan kepada belia Malaysia yang telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan masyarakat dan negara. Ia dianjurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan sebagai penghormatan kepada belia yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

TALKING ASEAN 2025

Talking ASEAN merupakan sebuah persidangan kepimpinan belia yang menghimpunkan pemimpin muda dari negara-negara ASEAN bagi membincangkan isu serantau, peluang kerjasama, dan pembangunan kepimpinan.

Surprising Selangor Cultural Assemble (Malam Kebudayaan & Kesenian), Gamelan, Caklempong, Tarian Tradisional, Selangor Pipeband

Surprising Selangor Cultural Assemble

Galeri

Saksikan momen bersejarah HBN Selangor edisi lalu yang menginspirasikan.