PENGISIAN HBNSEL25
Pelaksanaan Sambutan HBN Peringkat Negeri akan dijalankan berkonsepkan festival, dengan pengisian aktiviti berteraskan 13 Segmen/Pavilion Hari Belia Negara sebagai segmen utama. Terdapat 13 Segmen/Pavilion utama yang akan menjadi tunjang kepada pelaksanaan program sepanjang sambutan ini.


PORT MAKAN-MAKAN
Nikmati pengalaman kulinari yang luar biasa di Port Makan-Makan, di mana pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa menanti anda! Dari jualan oleh usahawan PKPS hingga Jualan Ehsan MADANI, festival ini bukan sahaja memenuhi selera anda tetapi juga menyokong keusahawanan tempatan dalam industri makanan.


Port Gaya dan Trend (Lifestyle)
Terokai dunia gaya hidup sihat dan moden di Port Gaya dan Trend! Saksikan Karnival "Tak Nak Tak Payah" AADK, yang mempromosikan gaya hidup bebas rokok dan dadah, serta Klinik Muay Thai, yang menawarkan pengalaman sukan tempur secara langsung untuk belia yang aktif dan dinamik.


Port Jentera Anak Muda (Himpunan Motosikal dan Kereta)
Dapatkan kepuasan maksimum dalam dunia automotif di Port Jentera Anak Muda! Saksikan koleksi motosikal dan kereta berprestasi tinggi dalam Motorshow (Pameran) yang mempamerkan teknologi, inovasi, dan keunikan modifikasi kenderaan daripada komuniti anak muda.


Port Jana Duit (Karnival Kerjaya & TVET)
Tingkatkan peluang masa depan anda di Port Jana Duit, platform terbaik untuk meneroka kerjaya dan pendidikan TVET! Hadiri Karnival TVET & Kerjaya, di mana pelbagai syarikat dan institusi pendidikan menawarkan pameran, bimbingan kerjaya, dan peluang pekerjaan secara langsung.


Port Seni (Aktiviti Seni, Muzik dan Budaya)
Raikan keindahan seni dan budaya di Port Seni, dengan persembahan khas seperti Surprising Selangor Cultural Assemble, diikuti oleh alunan Gamelan, Caklempong, Tarian Tradisional, dan persembahan istimewa oleh Selangor Pipeband. Satu pengalaman budaya yang tidak boleh dilepaskan!


Port Healing (Terapi Jiwa)
Luangkan masa untuk kesihatan mental dan kesejahteraan emosi di Port Healing. Jalani Depression, Anxiety & Stress Scale (DASS) Test untuk menilai tahap kesejahteraan diri dan program Derma Darah serta ikuti booth kesihatan dan servis yang juga disediakan di HBNSEL25.


Port Gaming (E-Sukan)
Masuki dunia e-sukan yang mendebarkan di Port Gaming! Saksikan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Youth Championships 2025, yang pastinya akan mengujakan peminat e-sukan. Meet N Greet bersama Pemain Professional SRG.


Port Transisi
Perjalanan kepimpinan belia diteroka dalam Port Transisi, dengan pameran khas Time Tunnel Transisi, yang menampilkan sejarah dan evolusi kepimpinan belia serta peluang untuk memahami peranan pemimpin masa depan.
Port Santai Janji Sampai
Dengar suara anak muda di Port Santai Janji Sampai, menerusi Audio Siar Suara Belia (Podcast), platform digital yang membincangkan isu semasa, pandangan belia, serta nilai moral dan sivik dalam masyarakat.


Port FYP (Himpunan Pempengaruh Belia)
Bersedia untuk viral? Port FYP mengajak semua pempengaruh belia menyertai TikTok Challenge, membuka peluang untuk mereka berkongsi kreativiti serta mempelajari teknik pemasaran digital yang berkesan.


Port Fit Selangor
Jom sihat dan aktif di Port Fit Selangor! Sertai aktiviti kecergasan seperti Aerobikthon yang menjanjikan keseronokan serta manfaat kesihatan kepada semua peserta.


Pavilion Rakan Muda
Menjadi sebahagian daripada komuniti belia kini lebih mudah di Pavilion Rakan Muda! Kunjungi Booth Rakan Muda dan Mini Games untuk mendapatkan maklumat, mendaftar sebagai ahli, dan menikmati aktiviti interaktif yang menyeronokkan.


Pavilion ASEAN
Terokai hubungan antarabangsa di Pavilion ASEAN, yang akan menganjurkan Talking ASEAN 2025, satu platform bagi pemimpin muda serantau untuk berinteraksi, bertukar idea, dan membina jaringan diplomatik yang kukuh.


Pavilion Majlis Belia Negeri Selangor
Kenali organisasi belia negeri dengan lebih dekat di Pavilion MBS! Saksikan Pameran 20 Badan Gabungan MBS, yang menampilkan peranan, inisiatif, dan aktiviti badan belia di seluruh negeri.

