Tentang Hari Belia Negara 2025

Sambutan HBN memperlihatkan golongan belia sebagai kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan pengiktirafan. Sambutan HBN Peringkat Negeri pada Tahun 2024 telah berjaya menarik sebanyak 1,022,138 orang peserta seluruh negara.

9

70,000

Sasaran Penyertaan

Daerah

LOOK & FEEL HBNSEL25

TEMA DAN LOGO HBN 2025

Logo tetap HBN dikekalkan seperti tahun sebelumnya dan elemen promosi diberikan keseragaman mengikut tahun pelaksanaannya sebagai identiti dan bahan promosi HBN. Tema sambutan HBN tahun ini iaitu “Yakin Boleh” turut dikekalkan dan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Belia dan Sukan Bil 6/2025 bertarikh 28 Februari 2025.

TEMA HBN 2025

Golongan belia masa kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menghadapi cabaran masa hadapan dengan mengamalkan prinsip Yakin Boleh dalam setiap aspek kehidupan, termasuk menyumbang idea, tenaga, dan masa untuk pembangunan diri serta negara. Keyakinan ini juga selari dengan kepercayaan kerajaan terhadap peranan belia, yang tercermin dalam pelaksanaan transisi umur belia dengan menurunkan had umur belia di bawah 30 tahun pada tahun 2026, sejajar dengan Dasar Belia Malaysia (DBM).

LOGO HBN 2025

Merah melambangkan semangat berkobar-kobar belia dalam menyumbang kepada agama, masyarakat, dan negara, sementara biru mencerminkan kesejahteraan yang ingin dicapai. Kuning membawa maksud harapan belia sebagai pemimpin masa hadapan, manakala bentuk 3D cubic melambangkan pergerakan belia dengan idea-idea baharu dalam membina masyarakat dan negara.

MAKLUMAT LANJUT

Pelaksanaan Sambutan HBN Peringkat Negeri dilaksanakan berkonsepkan festival.

17 - 18 MEI 2025 (SABTU-AHAD)
black blue and yellow textile
black blue and yellow textile
KSL ESPLANADE MALL KLANG
13 SEGMEN

Sambutan HBN melambangkan belia sebagai aset negara, memperkukuh kebersamaan dengan kerajaan dalam pembangunan holistik, kesejahteraan, dan semangat patriotisme.

Dato' Mohd Imran Tamrin

★★★★★